For all Draging The Every Blog And Web
Tuesday, May 19, 2015
Cintailah Orang Yang Mencintai Kita Setulus Hati.
Aku sedar aku adalah insan biasa. Aku ingin mamahami apa yang aku tak fahami. Tetapi tiada siapa boleh percayakan aku hanya kerana orang lain pernah melakukan kesalahan, aku yang jadi tempias nya. Aku tetap bersabar walaupun begitu berat untuk aku lalui dan aku tak pernah berputus asa. Hidup didunia yang nyata memerlukan kekuatan dalam diri dengan hanya ingat kepada “ALLAH”. Aku disini kerana dia(Allah). Cintaku, rinduku, apa yg mnjadi milikku adalah kerana Allah. Aku akan membimbing dan memberi dorongan kepada sesiapa saja yang memerlukan nya. Mengenai PERCINTAAN, tak usah lah diragukan kerana aku memang setia. Akan tetapi tiada siapa yang percaya terhadap cintaku. Aku hanya bersabar dan mampu memberikan senyuman untuk itu kerana aku faham akan diriku bagaimana. Hati ku sentiasa Hujan. Tetapi bukan bermakna aku lemah. Itu semakin menguatkan Cintaku untuk mencintainya biarpun kepercayaan yang dia berikan kepada adalah 0 tanpa ada 1 pun. Tetapi aku memberi cinta ku sepenuhnya supaya dia merasai diri semakin disayangi, dicintai dan diambil perhatian yang begitu teguh sekali. Aku mampu bertahan walaupun tiada siapa yang percaya pada diriku. Aku yakin pada diriku sendiri yang aku boleh memberikan cinta sejati kepada sesiapa saja yang mampu memberi ku cinta dan menerima diriku seadanya. Di alam percintaan, tiada erti kata Kekayaan, Paras Rupa Dan Darjat. Aku hanya inginkan Kejujuran, Kesetiaan Dan Kasih Sayang dari cinta mu saja. Itu suda sangat cukup buat diri ku. Hargailah Orang Yang Setia Mencintai Dirimu Walaupun Pernah Mengalamai Kisah Silam Yang Pahit Dan Kelam. Manusia dilahirkan dgn pelbagai corak. Jangan lah salah memilih corak berdasarkan Kecantikkan. Sebab ianya tak akan kekal. Percayalah. Jangan sesekali memberi harapan palsu kepada cinta kerana akan ada balasan nya nanti suatu hari nanti. Ingat Karma Ingat Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment