Hari ini sebaik saja aku selesai mandi, aku membelek-belek Muka Buku org tercintaku. Hati ini teringin sekali melihat apa isi kandungan dalam Status Muka Buku yang si Dia tulis di tahun-tahun yang lepas. Ternyata aku mendapati masih banyak yang dia belum padamkan. Aku membaca dan terus membaca dan aku mendapati dia sungguh percaya dan sangat sayangkan dan juga sangat mencintai lelaki yang telah merosakkan diri nya. Aku faham mengapa dia tidak sebegitu mempercayai diri ku seperti mana dia mempercayai bekas kekasih dia yang dulu. Aku sedar siapa diri ku yang sebenar. Aku tak dapat berkata apa-apa hanya mampu terdiam dan berfikir adakah dia mencintai ku, jujur pada ku, setia pada ku? Aku meletakkan kepercayaan ku padanya sepenuh hati dan jiwa ku kerana aku sayang sangat pada nya walaupun dia mempunyai kisah hitam yang sangat memeritkan diri nya dahulu oleh bekas-bekas kekasihnya yang dulu. Aku hanya manusia biasa dan kisah hitam yang dilalui nya aku sedikit pun tidak kisah sama sekali. Apa yang penting yang aku inginkan dari dia adalah dia berubah ke jalan yang lebih baik, setia, jujur, ikhlas dan penyayang. Itu sahaja yang aku inginkan dari dia. Aku tak pernah mengabaikan dia walaupun bagi dia aku nampak seperti mengabaikan nya. Tapi disebalik nya aku menangis mengenangkan diri nya kerana aku sayang sangat pada nya. Walaupun dia tiada kepercayaan pada cinta yang ku berikan padanya, namun aku tak pernah mengabaikan dia. Aku ingin membuktikan padanya bukan semua lelaki sebegitu. Aku selalu memerhatikan gerak geri dan tingkah laku si dia sama ada dia betul-betul jujur untuk bersama ku. Aku tidak pernah nampak yang dia percayakan aku kerana seringkali dia mengatakan pada ku dia tidak mempercayai ku. Tapi aku tidak berputus asa untuk bersamanya. Aku menangis disebalik kata-kata yang dia tidak mempercayai diriku. Akan aku buktikan suatu hari nanti. Cinta ku hanya pada seorang wanita saja. Bukan dua bukan tiga. Aku tak sanggup membahagikan cintaku kepada yang lain melainkan allah. Allah adalah cinta pertamaku. Jadilah manusia yang setia disisi nya. Nescaya apa yang kamu inginkan akan terkabul oleh nya. Amin.
For all Draging The Every Blog And Web
Sunday, June 28, 2015
Tuesday, May 19, 2015
Cintailah Orang Yang Mencintai Kita Setulus Hati.
Aku sedar aku adalah insan biasa. Aku ingin mamahami apa yang aku tak fahami. Tetapi tiada siapa boleh percayakan aku hanya kerana orang lain pernah melakukan kesalahan, aku yang jadi tempias nya. Aku tetap bersabar walaupun begitu berat untuk aku lalui dan aku tak pernah berputus asa. Hidup didunia yang nyata memerlukan kekuatan dalam diri dengan hanya ingat kepada “ALLAH”. Aku disini kerana dia(Allah). Cintaku, rinduku, apa yg mnjadi milikku adalah kerana Allah. Aku akan membimbing dan memberi dorongan kepada sesiapa saja yang memerlukan nya. Mengenai PERCINTAAN, tak usah lah diragukan kerana aku memang setia. Akan tetapi tiada siapa yang percaya terhadap cintaku. Aku hanya bersabar dan mampu memberikan senyuman untuk itu kerana aku faham akan diriku bagaimana. Hati ku sentiasa Hujan. Tetapi bukan bermakna aku lemah. Itu semakin menguatkan Cintaku untuk mencintainya biarpun kepercayaan yang dia berikan kepada adalah 0 tanpa ada 1 pun. Tetapi aku memberi cinta ku sepenuhnya supaya dia merasai diri semakin disayangi, dicintai dan diambil perhatian yang begitu teguh sekali. Aku mampu bertahan walaupun tiada siapa yang percaya pada diriku. Aku yakin pada diriku sendiri yang aku boleh memberikan cinta sejati kepada sesiapa saja yang mampu memberi ku cinta dan menerima diriku seadanya. Di alam percintaan, tiada erti kata Kekayaan, Paras Rupa Dan Darjat. Aku hanya inginkan Kejujuran, Kesetiaan Dan Kasih Sayang dari cinta mu saja. Itu suda sangat cukup buat diri ku. Hargailah Orang Yang Setia Mencintai Dirimu Walaupun Pernah Mengalamai Kisah Silam Yang Pahit Dan Kelam. Manusia dilahirkan dgn pelbagai corak. Jangan lah salah memilih corak berdasarkan Kecantikkan. Sebab ianya tak akan kekal. Percayalah. Jangan sesekali memberi harapan palsu kepada cinta kerana akan ada balasan nya nanti suatu hari nanti. Ingat Karma Ingat Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)